awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi bantuan diteruskan, pasukan PBB mula pembersihan 60 juta tan sisa runtuhan di Gaza

Bernama
Bernama
21/10/2025
07:10 MYT
Misi bantuan diteruskan, pasukan PBB mula pembersihan 60 juta tan sisa runtuhan di Gaza
Sisa runtuhan merupakan cabaran besar di Gaza, dengan anggaran jumlahnya antara 55 hingga 60 juta tan. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan dorongan terhadap komitmen semula gencatan senjata di Gaza, namun memberi amaran bahawa keganasan terkini boleh menjejaskan kemajuan rapuh yang dicapai, ketika usaha pemulihan -- termasuk projek pembersihan runtuhan -- semakin giat dijalankan di wilayah yang musnah akibat perang itu.

Ringkasan AI
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dorongan terhadap komitmen semula gencatan senjata di Gaza, namun bimbang keganasan terkini boleh menjejaskan kemajuan rapuh yang dicapai, ketika usaha pemulihan termasuk pembersihan runtuhan giat dijalankan.
  • Jurucakap PBB Stephane Dujarric menggesa semua pihak mematuhi tanggungjawab masing-masing dan menyerahkan mayat tahanan yang terkorban, sambil memaklumkan Israel buat pertama kali membenarkan penempatan pemantau PBB di lintasan Kissufim.
  • Program Pembangunan PBB (UNDP) memulakan operasi besar-besaran membersihkan sisa runtuhan di Gaza, dengan anggaran jumlah antara 55 hingga 60 juta tan, bagi memulihkan semula akses kepada perkhidmatan penting seperti hospital dan sekolah.

"Kami berasa terdorong apabila semua pihak mengesahkan semula komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza, dan kami memuji usaha berterusan para pengantara.
"Namun begitu, kami kekal bimbang terhadap semua tindakan keganasan di Gaza serta serangan dan tembakan yang dilaporkan berlaku semalam," kata Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada sidang media berkala di New York, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Dujarric menggesa semua pihak mematuhi tanggungjawab masing-masing dan mengelak sebarang tindakan yang boleh mencetuskan semula permusuhan, sambil mengulangi gesaan Setiausaha Agung PBB agar semua mayat tahanan yang terkorban diserahkan.
"Sepanjang hujung minggu lalu, kami bersama rakan kerjasama terus mengumpul bantuan dari lintasan Kerem Shalom/Karem Abu Salem dan Kissufim. Ini termasuk kit penjagaan selepas bersalin dan kebersihan, bekalan perubatan, bahan api, air serta makanan," katanya.
Beliau berkata bahawa pada Ahad, buat kali pertama pihak berkuasa Israel membenarkan PBB menempatkan pemantau di lintasan Kissufim.
"Ini tentunya satu perkembangan positif kerana ia memberi kami keupayaan untuk memantau dengan lebih jelas segmen laluan bantuan itu," kata Dujarric.
Di Bandaraya Gaza, Program Pembangunan PBB (UNDP) telah memulakan operasi besar-besaran membersihkan sisa runtuhan -- fasa pertama daripada pelan pengurusan runtuhan menyeluruh yang bertujuan memulihkan semula akses kepada perkhidmatan penting seperti hospital dan sekolah.
"Sisa runtuhan merupakan cabaran besar di Gaza, dengan anggaran jumlahnya antara 55 hingga 60 juta tan," kata Wakil UNDP di Palestin, Jaco Cilliers.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#PBB
#pembangunan semula Gaza
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan