awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi GSF diteruskan: 13 kapal flotila dipintas, 30 lagi masih menuju ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2025
01:37 MYT
Misi GSF diteruskan: 13 kapal flotila dipintas, 30 lagi masih menuju ke Gaza
GSF menegaskan misi tetap diteruskan untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan, walaupun berdepan tindakan agresif dan pemintasan haram. - Foto fail/REUTERS
PENGANJUR Global Sumud Flotilla (GSF) melaporkan bahawa 13 kapal dalam konvoi bantuan ke Gaza telah dipintas oleh tentera laut Israel setakat ini, namun 30 kapal lagi masih meneruskan pelayaran ke arah pesisir wilayah bergolak itu.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 13 kapal flotila telah dipintas oleh tentera Israel, namun 30 kapal lagi masih meneruskan pelayaran ke Gaza dengan membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan.
  • GSF menegaskan misi tetap diteruskan untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan, walaupun berdepan tindakan agresif dan pemintasan haram.
  • Misi ini mendapat perhatian antarabangsa, dengan sokongan dari beberapa negara dan lebih 500 aktivis dari 44 negara menyertai konvoi terbesar ke Gaza dalam beberapa tahun.

Konvoi tersebut membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin yang berdepan kebuluran akibat sekatan berpanjangan dan konflik bersenjata.
GSF menegaskan bahawa misi mereka tetap diteruskan walaupun berdepan tindakan agresif Israel.
“Pemintasan haram oleh Israel tidak akan melemahkan kami,” kata kenyataan rasmi kumpulan itu.
“Kami teruskan misi untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan.”
GSF merupakan misi maritim terbesar ke Gaza dalam beberapa tahun, melibatkan lebih 500 aktivis dari 44 negara.
Penganjur menyatakan bahawa kapal-kapal yang masih belayar kini berada dalam jarak kritikal dan dijangka menghampiri pantai Gaza dalam tempoh terdekat.
Komuniti antarabangsa terus memantau perkembangan ini, dengan beberapa negara telah menyuarakan sokongan terhadap misi flotila dan mengecam tindakan Israel yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Berita Terkini Global Sumud Flotilla
#Gaza
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumut Nusantara Tracker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan