Operasi mengesan dan menyelamat mangsa gempa bumi di Sichuan ditingkatkan selepas pihak berkuasa menerima laporan beratus lagi mangsa masih hilang.
Setakat ini, gempa itu meragut 186 nyawa dan mencederakan 11,000 yang lain.
Berpuluh-puluh penduduk dilaporkan hilang terutama di kawasan pedalaman di Ya'an.
Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus cuba menyelamatkan seberapa ramai mangsa yang mungkin terperangkap di bawah timbunan bangunan.
Di bandar Longquan, seorang wanita berjaya dikeluarkan dari timbunan selepas lima jam operasi menyelamat dilancarkan.
Di perkampungan Shuanghe di Lushan, yang menyaksikan hampir semua kediaman penduduk musnah, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan penduduk yang terperangkap.
Kebanyakan mangsa adalah warga emas dan kanak-kanak.
Selain masa, pasukan penyelamat juga berdepan cabaran getir apabila kebanyakan jalan ditimbus batu dan pokok tumbang.
Di Baoxing, pasukan perubatan melakukan pembedahan bagi menyelamatkan Gao Shiqin, yang ditemui tertimbus di bawah runtuhan.
Gao yang patah tulang rusuk, dibedah kerana mengalami pendarahan dalaman serius.
Perdana Menteri China, Li Keqiang melawat kawasan terjejas teruk dan berjanji akan menghantar bantuan diperlukan penduduk.