awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miss Universe Thailand bakal peraga kostum tuk-tuk

Agensi
Agensi
08/10/2015
09:50 MYT
Miss Universe Thailand bakal peraga kostum tuk-tuk
Rekaan inspirasi tuk-tuk itu dipilih untuk dipakai Aniporn Chalermburanawong kerana ia mewakili kesegaran dimensi moden generasi dan negara berkenaan. - Foto Facebook Miss Universe Thailand (Fan Page)
Alang-alang hendak menarik perhatian ramai melalui kostum, Thailand benar-benar membuat kelainan kali ini dengan menyarungkan kostum berinspirasikan tuk-tuk kepada wakilnya dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2015.
Daripada 356 pencalonan rekaan kostum untuk diperagakan wakil Thailand ke pentas pertandingan tersebut, akhirnya rekaan Hirankrit Pattaraboriboonkul yang berinspirasikan kenderaan ikonik itu menjadi pilihan untuk direalisasikan, lapor Bangkok Post.
Pattaraboriboonkul yang bekerja di Kementerian Kebudayaan negara itu berkata, beliau mereka kostum tersebut menggunakan teknologi 3D kerana yakin penganjur pertandingan berkenaan mahu mencari kelainan di atas pentas kali ini.
Thailand
Kostum Miss Universe Thailand
Kostum Miss Universe Thailand berinspirasi tuk-tuk yang bakal diperagakan kepada umum tidak lama lagi. - Foto Facebook Miss Universe Thailand 2015 Fan Page
Selepas beberapa kali para pereka fesyen Thailand cuba menguji kreativiti dengan memberi nafas baru kepada pakaian tradisional chong kraben atau pha nung, kini rekaan inspirasi tuk-tuk itu dipilih kerana ia mewakili kesegaran dimensi moden generasi dan negara berkenaan. “Tuk-tuk merupakan suatu objek yang dekat di hati rakyat tempatan dan pelancong asing mengenalinya. Namun, pereka kostum perlu menerapkan aspek Thailand seperti seni tradisi dalam coraknya,” kata salah seorang juri pemilihan Panya Vijinthanasarn. Nampaknya, Ratu Cantik Thailand ke pentas Miss Universe 2015 Aniporn Chalermburanawong sedia untuk memberi kejutan kepada khalayak pertandingan dengan kostum itu. Agak-agaknya, bagaimana pula rekaan yang bakal diperagakan wakil ratu cantik Malaysia, Vanessa Tevi Kumares, di pertandingan itu nanti?
Thailand
Miss universe thailand
Ini adalah antara beberapa pencalonan rekaan kostum pada peringkat pemilihan awal. - - Foto Facebook Miss Universe Thailand 2015 Fan Page
Topic Berkaitan
#Aniporn Chalermburanawong
#kostum
#Miss Universe
#Rekaan
#tuk-tuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan