awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama

Agensi
Agensi
25/02/2023
13:00 MYT
Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama
Cebisan anggota badan Abby Choi ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan. Foto Instagram Abby Choi / xxabbyc
HONG KONG: Polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan berhubung kes pembunuhan kejam seorang model berusia 28 tahun, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Menurut polis, cebisan anggota badan mangsa, Abby Choi, ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.
"Kami masih mencari bahagian kepala," kata Alan Chung kepada pemberita, selepas media tempatan melaporkan tentang penemuan anggota badan seorang wanita dalam peti sejuk.
Rumah itu dilengkapi dengan gergaji elektrik dan penggiling daging yang dipercayai digunakan untuk mengisar daging manusia.
"Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian," tambahnya.
Bapa, ibu dan bekas abang ipar Choi, telah ditahan dan akan menghadapi tuduhan membunuh, manakala bekas suami Choi masih dalam buruan.
"Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya bertelingkah tentang kewangan, melibatkan jumlah wang yang besar.
"Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh," kata Chung lagi.
Choi, yang baru sahaja muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen L'Officiel Monaco baru-baru ini, dilaporkan hilang pada Rabu.
Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas abang iparnya, yang juga pemandunya.
Bagaimanapun, polis mendedahkan keluarga itu berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan penyiasat.
Topic Berkaitan
#abby choi
#model hong kong
#kes pembunuhan
#Polis Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan