awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Montenegro: Kerajaan pimpinan Abazovic ditumbangkan hanya selepas tiga bulan berkuasa

Bernama
Bernama
20/08/2022
09:13 MYT
Montenegro: Kerajaan pimpinan Abazovic ditumbangkan hanya selepas tiga bulan berkuasa
Barisan Kabinet Abazovic akan meneruskan mentadbir negara di bawah kerajaan sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk. - Reuters
ZAGREB: Kerajaan Montenegro pimpinan Perdana Menteri Dritan Abazovic ditumbangkan menerusi undi tidak percaya hanya selepas tiga bulan berkuasa.
Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya pada Jumaat dan 50 Ahli Parlimen menyokong usul itu sekali gus menyingkirkan Abazovic.
Usul itu dibentangkan Parti Demokrat Sosialis (DPS) diketuai Presiden Montenegro Milo Dukanovic, lapor Agensi Berita Croatia (HINA).
Barisan Kabinet Abazovic akan meneruskan mentadbir negara di bawah kerajaan sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk.
Sejak kali terakhir pilihan raya parlimen diadakan dua tahun lalu telah menyaksikan dua kali perubahan kerajaan berlaku di Montenegro.
Pada Februari tahun ini, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri Zdravko Krivokapic digulingkan sebelum digantikan dengan kerajaan pimpinan Abazovic pada April.
Bagaimanapun, pada awal Ogos, Abazovic menandatangani satu perjanjian penting antara Montenegro dan Gereja Ortodoks Serbia (SPC) di Podgorica yang mencetuskan bantahan DPS.
Baru-baru ini DPS mempertikaikan kesepakatan itu dan mengumumkan bakal menumbangkan kepimpinan Abazovic untuk membolehkan kerajaan baharu membatalkan perjanjian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dritan Abazovic
#Montenegro
#undi tidak percaya
#guling kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan