awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moscow, Damsyik teruskan perbincangan mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria

Bernama
Bernama
14/07/2025
12:57 MYT
Moscow, Damsyik teruskan perbincangan mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria
Sergey Vershinin mengesahkan bahawa hubungan Moscow dengan Damsyik dalam semua perkara masih berjalan dengan baik. - X @mfa_russia
MOSCOW: Rusia dan Syria masih terus berhubung mengenai kehadiran pangkalan tentera Rusia di negara Arab itu, kata Timbalan Menteri Luar Rusia Sergey Vershinin kepada Sputnik/RIA Novosti.
"Saya boleh mengesahkan bahawa hubungan kami dengan Damsyik dalam semua perkara masih berjalan. Kami secara tradisinya mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan rakyat Syria. Saya ingin menegaskan 'dengan rakyat Syria' kerana dalam hal ini, tiada keperluan untuk bercakap tentang rejim. Kami mengekalkan hubungan ini bagi mencari penyelesaian yang akan memenuhi kepentingan Rusia, kepentingan Damsyik dan kestabilan serantau," katanya.
Pada Jun, bekas Timbalan Menteri Luar Rusia Mikhail Bogdanov berkata Kementerian Luar masih meneruskan rundingan dengan Syria mengenai isu berkaitan pangkalan tentera Rusia dan berharap dapat mencapai kata sepakat.
Pihak pembangkang bersenjata Syria menawan Damsyik pada 8 Dis 2024. Bashar Assad meletak jawatan sebagai Presiden Syria dan meninggalkan negara itu. Ahmed Al-Sharaa, pemimpin pembangkang bersenjata diisytiharkan sebagai presiden peralihan pada Januari. Kabinet baharu Syria dibentuk pada Mac.
Pada Januari, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Rusia bersedia untuk terus memberikan sokongan yang diperlukan kepada rakyat Syria. Pada Februari, jurucakap Presiden Rusia Dmitry Peskov berkata Rusia sedang berusaha mencapai perjanjian dengan pihak berkuasa baharu Syria mengenai penggunaan pangkalan tentera laut Rusia di bandar pelabuhan Mediterranean, Tartus.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Rusia
#Syria
#rundingan
#pangkalan tentera
#Damsyik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan