MEKAH: Bilal Masjidil Haram, Sheikh Ibrahim Adel Al-Madani, 51, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin, menurut laporan media Arab Saudi.
Akhbar Okaz dan Sabq melaporkan berita pemergian Allahyarham tersebar menerusi petugas Dua Masjid Suci serta mereka yang mengikuti hal ehwal azan di platform media sosial.
Susulan berita itu, rakaman audio dan video azan serta takbir yang pernah dilaungkan Sheikh Ibrahim di Masjidil Haram kembali dikongsikan secara meluas di media sosial.
Allahyarham merupakan antara 24 muazin utama Masjidil Haram, dengan enam daripada mereka bertugas secara bergilir setiap hari untuk melaungkan azan bagi lima waktu solat selain azan pertama Subuh.
Sheikh Ibrahim dikenali khususnya menerusi alunan azan Subuh dan takbir, selain melaksanakan tugas tabligh, iaitu menyampaikan atau mengulang takbir imam kepada jemaah dari tempat bilal di Masjidil Haram.
We belong to Allah and to Him we shall return.
Today, the Muadhin of Masjid Al Haram Sheikh Ibrahim Al Madani has passed away. pic.twitter.com/bRfBiyvDVp— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) September 21, 2026
Shaykh Ibrahim bin Adel Hamzah Al-Madani was born in Madinah on 8 Dhul-Hijjah 1397H, he grew up in a religious household and studied Qur’anic Studies.
His maternal grandfather was a Hafiz of the Qur’an and had a great influence on his upbringing.
His journey with the Adhan… pic.twitter.com/yweZrxOalG— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) September 21, 2026
Dalam satu wawancara terdahulu menerusi audio siar Ashraqat, Allahyarham pernah berkongsi pengalaman pertama melaungkan azan di Masjidil Haram.
Beliau menceritakan dirinya menangis ketika melihat jemaah bertawaf mengelilingi Kaabah sambil mendengar azan yang dilaungkannya, menggambarkan betapa besar penghormatan yang dirasainya apabila diberi peluang menjalankan tugas berkenaan.
Setakat laporan yang disemak, punca kematian Allahyarham tidak dinyatakan. - Agensi/Sinar Harian