Skip to main content

Dunia

Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

51758628231_AbdulazizAlSheikh.jpg
RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh yang menyandang jawatan itu sejak 1999 telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam," menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan berkenaan.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video