awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

As mula latih juruterbang Ukraine untuk pesawat F-16 bulan depan - Pentagon

Bernama
Bernama
25/08/2023
07:54 MYT
As mula latih juruterbang Ukraine untuk pesawat F-16 bulan depan - Pentagon
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan memulakan latihan untuk juruterbang Ukraine menerbangkan jet pejuang F-16 bermula pada September, umum Jabatan Pertahanan pada Khamis.
Latihan itu melibatkan beberapa juruterbang serta puluhan penyelenggara dan kelas bahasa Inggeris turut akan ditawarkan di Pangkalan Tentera Udara Lackland di Texas, kata Setiausaha Akhbar Pentagon Pat Ryder pada taklimat akhbar, lapor Xinhua.
Beliau berkata selepas pelatih mahir dengan bahasa yang diperlukan, mereka kemudian akan dilatih tentang cara menerbangkan F-16 dan proses ini akan bermula pada Oktober di Pangkalan Udara Morris di Arizona.
"Latihan di AS akan menjadi latihan juruterbang pejuang asas," katanya, sambil menambah bahawa kurikulum untuk juruterbang Ukraine bergantung pada tahap pengalaman dan aspek penilaian juga merupakan sebahagian daripada program latihan.
Mengenai tempoh latihan, Ryder berkata lazimnya untuk juruterbang baharu mereka memerlukan masa lapan bulan bagi menyelesaikan proses itu dan kira-kira lima bulan untuk juruterbang berpengalaman.
Pada masa ini, negara-negara Eropah mengetuai usaha untuk melatih juruterbang Ukraine untuk pesawat F-16 dan jet lain yang dibuat oleh negara-negara Barat, dengan Demark dan Belanda kini bersedia untuk melaksanakan tugas itu.
Kerajaan AS sebelum ini berkata ia akan memainkan peranan untuk menyediakan latihan di AS jika kapasiti di Eropah sudah penuh.
Tanpa memberikan tarikh khusus bila penghantaran F-16 akan dibuat, Ryder berkata ia mungkin beberapa bulan lebih awal dan negara-negara Eropah sedang menyediakan pesawat berkenaan dan AS akan menyokong usaha itu melalui proses pemindahan pihak ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Amerika Syarikat
#latih juruterbang
#F-16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan