awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Louvre ditutup selepas barangan koleksi Napoleon dirompak

Agensi
Agensi
19/10/2025
13:40 MYT
Muzium Louvre ditutup selepas barangan koleksi Napoleon dirompak
Media Perancis turut melaporkan kumpulan perompak menaiki skuter, membawa gergaji rantai kecil dan menggunakan lif barangan untuk ke bilik sasaran mereka. - Reuters
PARIS: Muzium Louvre di Paris ditutup selepas berlaku kejadian pecah masuk membabitkan beberapa pencuri yang mencuri barangan kemas daripada koleksi Napoleon.
Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku ketika muzium masih dibuka kepada orang ramai.
Kumpulan perompak itu dilapor telah melarikan diri sebelum pasukan polis tiba di lokasi kejadian.
Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati, berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Media Perancis turut melaporkan kumpulan perompak menaiki skuter, membawa gergaji rantai kecil dan menggunakan lif barangan untuk ke bilik sasaran mereka.
Mereka kemudian melarikan diri bersama barangan kemas yang nilainya masih dinilai pihak berkuasa.
Rachida Dati berkata, beliau berada di lokasi bersama pasukan polis dan pihak muzium semasa siasatan dijalankan, manakala Muzium Louvre memaklumkan ia ditutup atas sebab luar biasa.
Topic Berkaitan
#Muzium Louvre ditutup
#rompakan louvre
#barang kemas napoleon
#pasukan keselamatan
#perompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan