awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Piramid bernilai AS$1 bilion di Mesir akan dibuka 1 November 2025

Agensi
Agensi
07/08/2025
02:00 MYT
Muzium Piramid bernilai AS$1 bilion di Mesir akan dibuka 1 November 2025
Dua rakyat Mesir merakam gambar berlatar belakang Piramid ketika melawat Muzium Agung Mesir yang akan dibuka secara rasmi pada 1 November 2025, bersempena ulang tahun ke-103 penemuan makam Tutankhamun. - Gambar Reuters
KAHERAH: Selepas beberapa kali ditangguhkan, Mesir akhirnya menetapkan 1 November 2025 sebagai tarikh rasmi pembukaan Muzium Agung Mesir (Grand Egyptian Museum - GEM) yang bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion) berhampiran Piramid Giza.
Muzium arkeologi yang dinanti-nantikan itu menempatkan lebih 100,000 artifak purba Mesir, termasuk khazanah terkenal Firaun Tutankhamun dan dijangka menarik pelawat dari seluruh dunia.
Menurut pihak berkuasa, muzium seluas 50 hektar (124 ekar) itu bakal menjadi muzium terbesar di dunia yang didedikasikan kepada satu tamadun sahaja.
Perdana Menteri Mesir, Moustafa Madbouly memaklumkan kepada jemaah menteri bahawa Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah meluluskan tarikh pembukaan baharu tersebut.
Beliau menyifatkan majlis pembukaan itu sebagai “satu acara luar biasa” yang bakal mengetengahkan warisan budaya Mesir dan merancakkan semula sektor pelancongan negara itu.
Sebelum ini, pembukaan rasmi dirancang pada 3 Julai lalu, namun terpaksa ditangguhkan susulan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran pada 13 Jun yang mencetuskan perang selama 12 hari, sekali gus menutup ruang udara di sebahagian besar rantau Asia Barat.
Projek mega tersebut turut berdepan pelbagai cabaran sejak awal, termasuk ketidakstabilan politik dan impak pandemik COVID-19.
Pihak berkuasa optimis muzium itu mampu menarik sehingga lima juta pengunjung setahun — satu lonjakan penting bagi sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama pertukaran asing negara. - Agensi
Topic Berkaitan
#Muzium Piramid
#Grand Egyptian Museum
#Firaun Tutankhamun
#muzium arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan