awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syor EAIC kes kematian dalam tahanan, draf memorandum dikemuka Disember lepas
Pelbagai kaedah pelepasan imigresen disediakan, guna MyNIISe bukan mandatori
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar lanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata sehingga hujung 2023

Bernama
Bernama
01/01/2023
03:15 MYT
Myanmar lanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata sehingga hujung 2023
Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023. -Gambar hiasan/Bernama
YANGON: Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023, memetik kenyataan Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, pihak tentera sebelum ini telah melanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik selama 21 kali dari 21 Dis 2018 hingga 31 Dis 2022, lapor Xinhua.
Selepas mempelawa Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) untuk rundingan damai pada 22 April 2022, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kemudian mengadakan rundingan dengan wakil 10 EAO.
Perjanjian berkenaan dilanjutkan untuk meningkatkan proses damai di Myanmar, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#gencatan senjata
#Pertubuhan Bersenjata Etnik
#Min Aung Hlaing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan