Seorang rakyat Singapura maut dan beberapa penumpang cedera dalam nahas bas ketika dalam perjalanan di Mekah pada Selasa, menurut Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).
Menerusi maklumat terkini dalam Facebook, MUIS berkata antara 1 hingga 1.30 tengah hari (8.30 pagi hingga 9 pagi waktu Arab Saudi), bas yang membawa 31 penumpang jemaah umrah terbabit dalam kemalangan.
MUIS berkata, para penumpang tersebut difahamkan ialah jemaah umrah yang diuruskan oleh agensi pelancongan tempatan, Abu Bakar Travel Services Private Limited.
"Kebanyakan penumpang ialah rakyat Singapura," kata MUIS dan menambah mereka yang cedera telah dihantar ke hospital di Mekah untuk menerima rawatan.
MUIS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura untuk memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.
Sementara itu, Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) telah menyampaikan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Abu Bakar Osman.
"PERGAS berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai pemergian Ustaz Mohd Abu Bakar Osman," katanya dalam catatan menerusi Facebook.
Bernama difahamkan bahawa Allahyarham Mohd Abu Bakar ialah pengarah agensi pelancongan itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam catatan menerusi Facebook beliau telah melahirkan simpati yang mendalam kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Amat berdukacita apabila dimaklumkan mengenai nahas bas di Mekah, Arab Saudi yang menyebabkan seorang rakyat Singapura maut dan beberapa orang cedera," kata beliau dalam catatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 20 2018
Keadaan kemalangan yang membabitkan sekumpulan jemaah umrah dari Singapura. - Foto: Media sosial
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Nahas bas di Mekah, jemaah umrah warga Singapura maut
Seorang rakyat Singapura maut dan beberapa penumpang cedera dalam nahas bas ketika dalam perjalanan di Mekah pada Selasa.