Nahas bas mini di Afrika Selatan ragut nyawa 12 murid sekolah

Murid-murid terbabit difahamkan sedang dalam perjalanan ke sekolah ketika tragedi berlaku. -Gambar hiasan
JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 12 murid sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah bas mini dengan sebuah lori jenis tipper di Vanderbijlpark, selatan Johannesburg, pada pagi Isnin.
Ringkasan AI
- 12 murid sekolah maut dalam nahas di Vanderbijlpark, selatan Johannesburg, melibatkan bas mini dan lori tipper.
- Lima murid cedera parah dan dirawat di hospital, sementara perkhidmatan kecemasan terus melakukan operasi menyelamat.
- Kawasan kejadian ditutup untuk siasatan menyeluruh, manakala Menteri Pengangkutan Afrika Selatan mencadangkan dasar sifar alkohol bagi pemandu untuk kurangkan kemalangan jalan raya.
Maklumat awal menunjukkan bas mini yang membawa murid-murid itu bertembung dengan lori tipper, menyebabkan kenderaan tersebut terbabas ke tepi jalan.
Kawasan kejadian telah ditutup bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lengkap untuk menentukan punca kemalangan.
Murid-murid terbabit difahamkan sedang dalam perjalanan ke sekolah ketika tragedi berlaku.
Jurucakap Jabatan Pendidikan Gauteng, Steve Mabona, berkata pihaknya masih mengumpul maklumat terperinci dan akan memberikan perkembangan lanjut.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan komuniti sekolah yang terjejas.
Afrika Selatan secara konsisten mencatat kadar keselamatan jalan raya yang membimbangkan, dengan lebih 11,418 kematian jalan raya direkodkan tahun lalu.
Menteri Pengangkutan Barbara Creecy baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan dasar sifar alkohol bagi pemandu bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan murid sekolah yang maut dalam nahas di Vanderbijlpark? A: Sekurang-kurangnya 12 murid sekolah maut dalam nahas tersebut.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap lima murid yang mengalami kecederaan serius? A: Mereka telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan segera.
- Q: Apakah cadangan terkini Menteri Pengangkutan Barbara Creecy untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Afrika Selatan? A: Beliau mencadangkan pelaksanaan dasar sifar alkohol bagi pemandu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

