awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Jeju Air: 141 daripada 179 mangsa dikenal pasti

Bernama
Bernama
30/12/2024
10:50 MYT
Nahas Jeju Air: 141 daripada 179 mangsa dikenal pasti
Semua bandar utama dan wilayah di Korea Selatan mengumumkan rancangan untuk membuka altar peringatan bersama bagi mangsa pada hari terbabit. - Gambar/ Reuters
MUAN, Korea Selatan: Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini telah dikenal pasti, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Tanah pada Isnin.
Semasa taklimat kepada keluarga mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan yang terletak 288 kilometer ke selatan Seoul, kementerian memaklumkan semua 179 mayat telah dipindahkan ke sebuah bilik mayat sementara.
"Kami akan menghubungi keluarga mangsa sebaik sahaja bedah siasat selesai dilakukan oleh agensi penyiasat, " kata seorang pegawai.
Barangan milik mangsa sedang dikumpulkan daripada lokasi nahas.
Tapak kejadian akan dipelihara sementara siasatan pihak berkuasa mengenai punca nahas dijalankan.
Semua bandar utama dan wilayah di Korea Selatan mengumumkan rancangan untuk membuka altar peringatan bersama bagi mangsa pada hari terbabit.
Kerajaan tempatan Gwangju dan Wilayah Jeolla Selatan, yang kehilangan 157 penduduknya dalam nahas itu akan menubuhkan sekurang-kurangnya tiga altar termasuk di Dataran Demokrasi 18 Mei, bangunan kerajaan Wilayah Jeolla Selatan, dan kompleks sukan di Muan.
Altar itu akan dibuka hingga akhir tempoh berkabung negara selama tujuh hari pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas Jeju Air
#pesawat terhempas
#identiti mangsa
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan