Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: Batu Kawah pertembungan satu lawan satu antara GPS-DAP

DAP diwakili Kiat Leng (kanan) sebagai calon pertama, manakala penyandang kerusi berkenaan, Dr Sim daripada GPS diumumkan sebagai calon kedua. - Foto Astro AWANI
DAP diwakili Kiat Leng (kanan) sebagai calon pertama, manakala penyandang kerusi berkenaan, Dr Sim daripada GPS diumumkan sebagai calon kedua. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUCHING: Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan DAP.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), Tay Guan Huat mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada jam 10.16 pagi di Majlis Perbandaran Padawan, pada Sabtu.

DAP diwakili Sim Kiat Leng sebagai calon pertama, manakala penyandang kerusi berkenaan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian daripada GPS diumumkan sebagai calon kedua.

Advertisement

Terdahulu, Dr Sim, 61, menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9 pagi, diikuti Sim Kiat Leng, 37, tiga minit kemudian.

Kedua-dua calon tiba bersama penyokong masing-masing seawal jam 8 pagi di pusat penamaan calon berkenaan.

Advertisement

Batu Kawah yang merupakan kawasan pinggir bandar berkeluasan 97 kilometer persegi mempunyai seramai 41,114 pemilih berdaftar, termasuk 923 anggota polis dan pasangan.

Untuk rekod, Dr Sim merupakan penyandang kerusi DUN Batu Kawah sejak 2016 dan kini mempertahankan kerusi itu bagi penggal ketiga berturut-turut.

PRN Sarawak ke-13 menyaksikan sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan, dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Disember ini manakala pengundian awal berlangsung pada 8 Disember.

 

Must Watch Video

Advertisement