JAKARTA:Pesawat Sriwijaya Air yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu telah terhempas di sekitar Pulau Laki.
Perkara itu dinyatakan Bupati atau Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi, ketika menjawab soalan media yang mahukan pengesahan tentang insiden tersebut, lapor Kompas.com.
Menurut Djuneidi, peristiwa itu terjadi pada petang Sabtu, sekitar jam 2.30 waktu tempatan, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada pentadbir mukim setempat.
Menjejak detik kejadian, seorang nelayan menjadi saksi tentang kejadian malang dalam cuaca buruk tersebut. Dia melihat percikan api di Pulau Laki yang dipercayai dari lokasi terakhir pesawat berkenaan, lantas telah meminta pertolongan kepada penduduk berdekatan.
Sekarang ini, pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) sedang menuju ke lokasi nahas.
Sementara itu, petugas dari sebuah kapal peronda milik Kementerian Pengangkutan republik itu menemukan 'cebisan daging' di lokasi yang dipercayai menjadi titik nahas pesawat berkenaan, lapor portal berita TV One.
Kapten kapal itu menyatakan, dia pada awalnya terdengar tentang laporan daripada nelayan yang mendengar bunyi ledakan, lalu pihaknya menghala ke lokasi itu untuk membuat pemeriksaan.
BACA: Pesawat Sriwijaya Air dilapor hilang dari radar
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
Pesawat komersial Sriwijaya Air SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar pada petang Sabtu.
Pesawat model Boeing 737 tersebut dilaporkan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika melintas ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.
Astro Awani
Sat Jan 09 2021
Maklumat dari Basarnas menyatakan, mereka mengenal pasti isyarat kecemasan di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Nahas Sriwijaya: 15 beg mayat dibawa ke hospital
Proses pengecaman mayat mangsa dimulakan dengan melakukan padanan DNA dengan waris dan keluarga.
Nahas Sriwijaya Air: Jokowi berduka cita, arah segerakan operasi mencari mangsa
Selain itu, Jokowi juga mengarahkan siasatan segera dijalankan untuk mengetahui punca insiden berkenaan.
Cebisan mayat ditemukan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas
Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemui mayat semasa melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi Pesawat Sriwijaya Air terhempas.
Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar bunyi ledakan, nampak percikan api
Seorang nelayan menjadi saksi kejadian malang tersebut, iaitu percikan api di Pulau Laki, lantas telah meminta pertolongan kepada penduduk berdekatan.