SINGAPURA: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris tiba di Singapura yang merupakan destinasi pertama dari dua destinasi lawatan rasmi ke Asia Tenggara, pada Ahad.

Kementerian Luar Negeri Singapura (MFA) melaporkan, Harris yang ditemani pegawai kanan dari Pejabat Wakil Presiden, Majlis Keselamatan Nasional dan Jabatan Negara, akan berada di republik itu sehingga Selasa.

Kementerian mengatakan, dalam lawatan tersebut, Harris dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yacob dan juga sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Dalam masa sama, beliau turut akan mengunjungi Pangkalan Tentera Laut Changi, dengan menaiki Kapal Tempur Littoral USS Tulsa.

MFA melaporkan,Harris akan menyampaikan dasar dan mengambil bahagian dalam perbincangan komuniti perniagaan yang melibatkan Menteri Perdagangan dan Industri republik, Gan Kim Yong, pada Selasa nanti.  

Menurut The Straits Times, Harris tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar sekitar jam 10.50 pagi dan beliau dijadualkan ke Vietnam pada Selasa.