Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 18 pembesar dan kenamaan asing yang dijadual menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden baharu Indonesia di sini esok.
Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan kepada delegas media Malaysia yang berada di sini, Perdana Menteri akan berlepas dari Kuala Lumpur ke sini petang ini dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
Upacara itu akan berlangsung pukul 10 pagi esok di hadapan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi Indonesia.
Wisma Putra berkata sempena lawatan rasmi dua hari ini, Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang turut berada di sini, sejurus selepas tamat upacara pelantikan Presiden Republik Indonesia yang ketujuh itu.
Gabenor Jakarta Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai "Jokowi" dan gandingannya Jusuf Kalla memenangi pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa memperoleh 62,576,444 atau 46.85 peratus.
Jokowi akan mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono, yang menjadi Presiden sejak tahun 2004.
Sementara itu, persediaaan bagi menyambut presiden baharu Indonesia berlangsung meriah di kota ini dengan pelbagai majlis dan aktiviti disusun bermula esok membabitkan pertemuan Jokowi dan rakyat.
Sejurus selepas pelantikannya, Jokowi akan membuat ucapan sulung sebagai Presiden baharu yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh republik itu, yang bakal menggambarkan perancangan dan usaha Jokowi untuk membangunkan Indonesia bagi tempoh lima tahun akan datang.
Keghairahan rakyat Indonesia itu jelas tergambar melalui liputan media massa Indonesia khususnya stesen televisyen tempatan yang secara berterusan memaparkan bahan-bahan berita dan temu bual bersama pemimpin tempatan, ahli perniagaan dan rakyat mengenai harapan mereka terhadap Jokowi.
Selain itu, sebanyak 24,000 anggota keselamatan dan polis turut dikerah di seluruh kota ini bagi memastikan majlis selama dua jam esok berjalan lancar.
Bernama
Sun Oct 19 2014
Jokowi (gambar) memenangi pilihan raya Presiden Indonesia pada 22 Julai, mengalahkan Prabowo Subianto, seorang bekas jeneral tentera.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.