awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman

Najib batal hadiri UNGA, utamakan usaha hentikan serangan Israel ke atas Lubnan

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
21/09/2024
23:15 MYT
Najib batal hadiri UNGA, utamakan usaha hentikan serangan Israel ke atas Lubnan
Keutamaan Najib Mikati ketika ini ialah menghentikan genosid dilakukan Israel serta peperangan lain yang sedang berlaku.
BEIRUT: Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati membatalkan perjalanannya ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ke-79 (UNGA ke-79) susulan serangan maut yang berlaku di negara itu minggu lalu.
Serangan yang berlaku di negaranya itu disifatkan Najib sebagai pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Najib menjelaskan, keputusan membatalkan perjalanannya itu dibuat berikutan perkembangan terbaharu pencerobohan Israel ke atas Lubnan, terutamanya selepas serangan udara oleh rejim Zionis di kawasan selatan Beirut dan serangan terhadap peralatan milik Hezbollah yang didakwa didalangi Israel.
Najib menegaskan, tiada keutamaan yang lebih tinggi selain menghentikan genosid dilakukan Israel serta peperangan lain yang sedang berlaku.
Beliau dalam masa sama menyeru masyarakat antarabangsa untuk tampil menyatakan pendirian terhadap tindakan kejam tersebut.
Sebelum ini, Najib dijangka membincangkan isu-isu global selain konflik yang berlaku termasuk kedudukan Lubnan dalam diplomasi antarabangsa pada UNGA ke-79.
Topic Berkaitan
#letupan lubnan
#PM Lubnan
#Najib Mikati
#Israel serang Lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.