awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

National Rally dahului pilihan raya awal Perancis

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2024
00:40 MYT
National Rally dahului pilihan raya awal Perancis
Le Pen ketika berucuap sejurus selepas keputusan tinjauan pendapat disiarkan. - Foto AP
PARIS: Parti haluan kanan National Rally (RN) yang diterjaui Marine Le Pen, dilaporkan mendahului dalam pusingan pertama pilihan raya awal Perancis, berdasarkan tinjauan pendapat.
Le Pen dalam reaksinya sifatkan keputusan itu sebagai suara demokrasi dan mendakwa kem Presiden Emmanuel Macron tewas sepenuhnya.
Penganalisis undian IFOP, IPSOS, Opinionway dan Elabe meramalkan RN akan memenangi sekitar 34 peratus undi.
Manakala gabungan kiri New Popular Front (NFP) berada di tempat kedua dengan sekitar 29 peratus, mendahului gabungan Centrist Ensemble Alliance pimpinan Macron di tempat ketiga dengan sekitar 20.3 peratus.
Penganalisis undian Elabe dalam anggarannya untuk BFM TV mengatakan RN dan sekutunya boleh memenangi 260 hingga 310 kerusi Parlimen dalam pusingan kedua pengundian pada 7 Julai, manakala IPSOS meramalkan antara 230 hingga 280 kerusi untuk RN dan sekutunya dalam tinjauan untuk France Television.
Sebanyak 289 kerusi diperlukan untuk majoriti mutlak dalam Dewan Rendah Parlimen Perancis.
Presiden RN Jordan Bardella menekankan bahawa pusingan kedua pada Ahad depan akan menjadi yang paling signifikan dalam sejarah republik kelima Perancis.
Beliau juga menegaskan bahawa parti Macron telah dihapuskan dan menuduh pihak kiri jauh mencetuskan krisis yang mewakili "bahaya sebenar kepada Perancis dan semua rakyat Perancis".
Macron sebelum ini menyeru penubuhan satu pakatan demokratik "luas" menentang sayap kanan selepas unjuran tinjauan keluar mengundi untuk pusingan kedua.
Beliau juga sifatkan peratusan keluar mengundi yang tinggi dalam pusingan pertama memberi petunjuk jelas rakyat mahu perubahan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Marine Le Pen
#Emmanuel Macron
#suara demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan