awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATO beri amaran terhadap pencerobohan ruang udara selanjutnya oleh Rusia

Bernama
Bernama
23/09/2025
15:40 MYT
NATO beri amaran terhadap pencerobohan ruang udara selanjutnya oleh Rusia
Di bawah Perkara 5 perjanjian pakatan itu, anggota NATO yang menjadi sasaran serangan bersenjata boleh memohon bantuan ketenteraan. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa memberi amaran kepada Rusia bahawa ia akan menggunakan "semua instrumen ketenteraan dan bukan ketenteraan yang perlu" untuk menangkis ancaman susulan beberapa insiden terbaharu melibatkan jet dan dron Rusia yang memasuki ruang udara anggota NATO, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggota NATO mengadakan rundingan di Brussels selepas tiga jet pejuang Rusia menceroboh ruang udara Estonia minggu lepas manakala beberapa dron Rusia memasuki ruang udara Poland pada awal bulan ini. Romania juga melaporkan pencerobohan dron Rusia ke ruang udaranya bulan ini.
"Rusia tidak seharusnya meragui: NATO dan negara sekutunya akan menggunakan selaras dengan undang-undang antarabangsa, semua instrumen ketenteraan dan bukan ketenteraan yang perlu untuk mempertahankan diri kami dan menangkis semua ancaman dari segenap arah," menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu.
"Kami akan terus bertindak balas mengikut cara, masa dan domain pilihan kami. Komitmen kami terhadap Perkara 5 adalah utuh."
Di bawah Perkara 5 perjanjian pakatan itu, anggota NATO yang menjadi sasaran serangan bersenjata boleh memohon bantuan ketenteraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#amaran
#pencerobohan ruang udara
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan