awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATO rancang perbesar ibu pejabat untuk tempatkan anggota baharu

Bernama
Bernama
06/06/2023
04:50 MYT
NATO rancang perbesar ibu pejabat untuk tempatkan anggota baharu
Sweden, bersama Finland, menyerahkan permohonan menyertai NATO pada Mei 2022, beberapa bulan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine. - Gambar fail/ AP
MOSCOW: NATO sedang mempertimbang membesarkan ibu pejabatnya di Brussels untuk menempatkan Finland dan bakal anggota baharu lain, lapor Sputnik.
"Kemasukan Finland ke ibu pejabat NATO akan selesai dalam beberapa minggu dan bulan akan datang," kata seorang pegawai NATO, sebagaimana lapor portal berita, Euractiv.
Euractiv juga melaporkan bahawa menurut dua diplomat NATO yang tidak dinamakan, penyelesaian yang dipertimbangkan oleh kepimpinan perikatan itu ialah membina bangunan tambahan pada kampus NATO, yang boleh menempatkan kakitangan dan agensi antarabangsa perikatan itu. Ia akan menjadi "penyelesaian sementara."
Pembesaran ibu pejabat baharu dengan sayap tambahan, yang dirancang pada asalnya, hanya akan menjadi pelan B, kata diplomat NATO sambil menambah keputusan itu disifatkan "terlalu mahal."
Sweden, bersama Finland, menyerahkan permohonan menyertai NATO pada Mei 2022, beberapa bulan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine. Finland menjadi anggota perikatan pada April 2023. Permohonan Sweden masih menunggu kelulusan daripada Hungary dan Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#anggota baharu
#pembesaran ibu pejabat
#Brussels
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan