awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2023
06:11 MYT
Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna
Anggota tentera berbaris berhampiran kapal hospital Tentera Laut Indonesia KRI Dr Radioman Wedyodiningrat pada majlis perasmian Latihan Solidariti ASEAN (ASEX) di Pelabuhan Batu Ampar, Pulau Batam, Indonesia, 19 Sept 2023. (Foto AP)
BATAM: Tentera dari 10 negara ASEAN dilaporkan mengadakan latihan bersama buat pertama kalinya di Indonesia pada Selasa, ketika ketegangan sedikit memuncak susulan tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan.
Ratusan tentera dari ASEAN menyertai latihan ASEX 01-Natuna itu, yang dijadual berlangsung hingga Sabtu, dengan lima kapal perang dari Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura belayar dari Pulau Batam ke sebuah kawasan berhampiran Kepulauan Natuna, menghadap perairan yang dituntut China.
Memetik laporan Nikkei Asia, ASEAN sebelum ini telah mengadakan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat dan beberapa negara rakan yang lain, tetapi latihan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya untuk 10 negara ASEAN tersebut.
“Saya ingin menegaskan bahawa Kesatuan ASEAN tidak akan pernah tergugat dan akan tetap sentiasa dipertahankan.
"Dalam kita menambah nilai dan belajar dari satu sama lain, latihan ini akan memperkuat keupayaan dan kemampuan kita untuk mengekalkan keamanan, kemakmuran dan keselamatan rantau ini,” kata Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Yudo Margono.
Menurut Nikkei Asia, perairan Indonesia tidak termasuk dalam tuntutan China, namun negara itu terpaksa berhadapan dengan beberapa insiden pencerobohan di kawasan ekonomi eksklusif (EEZ) miliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beberapa pakar dan pemerhati antarabangsa berpendapat, latihan ketenteraan itu merupakan satu demonstrasi kesatuan ASEAN, di saat beberapa negara rantau itu dilihat tidak begitu sefahaman, terutamanya dalam usaha mereka menangani krisis di Myanmar.
Ketegangan turut meningkat dalam bulan ini selepas Beijing mengeluarkan satu peta baharu bagi kawasan perairan yang menjadi pertikaian.
Latihan ketenteraan itu diadakan selepas pertemuan Ketua-ketua Pertahanan ASEAN di Bali pada Jun, yang turut menyaksikan kehadiran Timor Leste sebagai negara jemputan ASEAN.
Sewaktu Persidangan Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta awal bulan ini, Pengerusinya yang juga Presiden Indonesia, Joko Widodo, menegaskan kepentingan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Topic Berkaitan
#latihan ketenteraan
#Kepulauan Natuna
#Laut China Selatan
#kapal perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan