awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nekad bakar rumah sendiri selepas menang taruhan Piala Dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2022
04:10 MYT
Nekad bakar rumah sendiri selepas menang taruhan Piala Dunia
Akibat perbuatannya, Joi mengalami kerugian berjumlah RM1,427. - Foto agensi
SITARO: Gara-gara tidak berpuas hati dengan jumlah wang taruhan yang diterima, seorang lelaki di Indonesia nekad membakar rumahnya sendiri.
Kejadian itu berlaku di Desa Tanaki Lindongan, Kecamatan Siau Barat Selatan di Sitaro, wilayah Sulawesi Utara pada Jumaat lalu.
Individu dikenali sebagai JD atau Joi dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu marah setelah menang pertaruhan Piala Dunia 2022.
"Siasatan awal mendapati Joi bersama rakannya bertaruh 200,000 rupiah (RM57) ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia.
"Kemenangan akhirnya berpihak kepada Joi selepas pasukan Brazil berjaya mengalahkan Serbia 2-0," kata Ketua Polis Kepulauan Sitaro, Iwan Permadi kepada Detikcom pada Sabtu.
Menurutnya, Joi kecewa selepas rakannya tidak memberikan jumlah wang seperti yang dijanjikan.
"Temannya hanya memberikan 120,000 rupiah (RM34). Joi kemudiannya membuat kecoh hingga ditegur oleh seorang imam.
"Dia yang berada di bawah pengaruh alkohol bagaimanapun tidak dapat menerima teguran itu lalu pulang ke rumahnya sambil menjerit-jerit," jelas Iwan lagi.
Setibanya di rumah, Joi telah mengusir isteri dan anaknya sebelum mengambil botol berisi minyak tanah dan membakar kediaman keluarganya.
Akibat tindakan melulu itu, Joi ditahan pihak berkuasa kerana mengganggu ketenteraman awam dan turut mengalami kerugian dianggarkan berjumlah 5 juta rupiah (RM1,427). - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#wang taruhan
#bakar rumah
#Joi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan