Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dimasukkan ke hospital berikutan jangkitan paru-paru pada awal pagi Khamis.

Kerajaan dalam satu kenyataan memberitahu, Mandela, pejuang anti- Apartheid yang sudah berusia 94 tahun sedang menerima rawatan pakar terbaik ketika ini.

Media tempatan turut melaporkan bahawa beliau mengalami kesukaran bernafas dan menerima bantuan pernafasan buat masa ini.

Mandela pernah dimasukkan ke hospital selama tiga minggu atas penyakit serupa pada Disember lalu.