awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang

Bernama
Bernama
12/12/2024
15:00 MYT
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
JAS memaklumkan, siasatan ke atas premis berkenaan dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai pencemaran Sungai Buloh, yang terletak berhampiran kawasan perindustrian itu. - Gambar hiasan/Unsplash
JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
JAS Cawangan Pasir Gudang dalam kenyataan memaklumkan, siasatan ke atas premis berkenaan dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai pencemaran Sungai Buloh, yang terletak berhampiran kawasan perindustrian itu.
Menurut kenyataan itu siasatan mendapati, terdapat pelepasan efluen berwarna coklat daripada sistem pengolahan efluen premis yang tidak berfungsi dan persampelan sisa buangan itu telah dijalankan serta dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk dianalisis.
"Pemeriksaan berkenaan turut disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan polis, dengan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis itu dikenakan untuk menghentikan pencemaran," menurut kenyataan itu hari ini.
JAS Cawangan Pasir Gudang memaklumkan tangkapan ke atas dua individu yang disyaki itu dibuat di bawah Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk membantu siasatan kes pencemaran sungai di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#kilang oleokimia
#orang awam
#sisa buangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan