awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek gagalkan rancangan cucu lancar serangan rambang

Agensi
Agensi
05/08/2019
22:34 MYT
Nenek gagalkan rancangan cucu lancar serangan rambang
William memberitahu neneknya tentang pembelian senjata AK-47 dan niatnya untuk menembak orang ramai dari bilik hotel. -AP
Seorang warga emas di Texas menjadi wira apabila berjaya menggagalkan rancangan cucunya untuk melakukan serangan rambang, sebulan sebelum terjadinya insiden tembakan di Dayton, Ohio, dua hari lalu.
Wanita yang tidak dinamakan itu dilapor dimaklumkan tentang pembelian senjata api oleh cucunya yang turut merancang melakukan serangan massa.
Tertuduh William Patrick Williams, 19, dari Lubbock memberitahu neneknya mengenai pembelian sepucuk senapang jenis AK-47 dan rancangannya untuk menembak orang ramai di sebuah hotel tempatan.
Tertuduh juga merancang ditembak mati oleh polis.
Mujur rancangan William dapat dipatahkan apabila warga emas itu berjaya menyakinkan cucunya untuk dirawat di hospital.
Tertuduh ditahan sejurus tiba di hospital atas dakwaan membuat kenyataan palsu kepada penjual senjata api.
Ketika disoal siasat, ajen persekutuan mendapati William telah memalsukan alamat tempat tinggalnya semasa traksaksi pembelian senjata api tersebut.
Senjata jenis AK-47 dan pelbagai jenis pisau dipercayai akan digunakan William ditemukan di dalam sebuah bilik hotel yang disewa.
BACA: Sembilan maut dalam tragedi tembakan besar-besaran kedua di Amerika Syarikat hari ini
Terdahulu, sekurang-kurangnya sembilan orang disahkan terbunuh manakala 16 yang lain cedera dalam kejadian tembakan besar-besaran di Dayton, Ohio.
Difahamkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas kejadian tembak-menembak di El Paso, Texas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 terbunuh.
Topic Berkaitan
#serangan massa
#Serangan maut
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan