awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nepal teliti penggunaan gas xenon oleh pendaki Britain di Everest

Bernama
Bernama
23/05/2025
01:00 MYT
Nepal teliti penggunaan gas xenon oleh pendaki Britain di Everest
Keempat-empat veteran yang digelar 'Pendaki Xenon' itu menjadi kumpulan pertama yang sampai ke puncak Everest menggunakan terapi gas xenon, pada Rabu. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Pihak berkuasa Nepal sedang meneliti penggunaan gas xenon oleh empat pendaki veteran Tentera British semasa pendakian Gunung Everest baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan akhbar Kathmandu Post.
Jabatan Pelancongan Nepal dalam kenyataan pada Khamis mengakui laporan media mengenai kejayaan yang dicapai oleh bekas anggota pasukan khas itu.
"Kami kini sedang berhubung dengan ketua ekspedisi, ahli pasukan dan agensi berkaitan untuk mengumpul maklumat terperinci serta menjalankan kajian dan analisis menyeluruh mengenai perkara ini," menurut kenyataan tersebut.
Keempat-empat veteran berkenaan, yang digelar "Pendaki Xenon", menjadi kumpulan pertama yang sampai ke puncak Everest menggunakan terapi gas xenon, dengan kejayaan itu dicapai pada Rabu.
Pasukan itu termasuk Alastair Carns, seorang Ahli Parlimen dan Menteri Hal Ehwal Veteran di Kementerian Pertahanan United Kingdom, bersama Garth Miller, Anthony Stazicker dan Kev Godlington.
Mereka dilaporkan menggunakan gas xenon di Jerman sebelum pendakian, yang membolehkan mereka mencapai ketinggian 8,848 meter (29,000 kaki) dalam masa kurang lima hari, tanpa melalui proses penyesuaian tradisional yang mengambil masa berminggu-minggu.
Penggunaan gas xenon yang dipercayai dapat mencegah penyakit altitud dan mengurangkan kesan kekurangan oksigen mencetuskan kontroversi dalam kalangan komuniti pendakian.
Persekutuan Mendaki dan Pendakian Gunung Antarabangsa (UIAA) menyuarakan kebimbangan mengenai ketiadaan bukti saintifik yang menyokong keberkesanan gas xenon di altitud tinggi serta risiko kesihatannya, termasuk kesan ke atas otak dan sistem pernafasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gas xenon
#Gunung Everest
#pendaki
#veteran Tentera British
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami