awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk

Agensi
Agensi
30/12/2025
23:20 MYT
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Salji tebal melanda pusat bandar Rochester, New York pada Selasa berikutan ribut musim sejuk yang kuat melanda sebahagian kawasan Midwest dan Timur Amerika Syarikat, sekali gus menjejaskan aktiviti harian dan operasi perniagaan. - Gambar Reuters
NEW YORK: Salji tebal melanda pusat bandar Rochester, New York pada Selasa berikutan ribut musim sejuk yang kuat melanda sebahagian kawasan Midwest dan Timur Amerika Syarikat, sekali gus menjejaskan aktiviti harian dan operasi perniagaan.
Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keadaan yang dijangka semakin buruk.
Hochul berkata, keutamaan kerajaan negeri adalah keselamatan rakyat New York dan menggesa orang ramai supaya mengelak perjalanan yang tidak perlu serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan sehingga 31.5 sentimeter salji dijangka turun sepanjang minggu di kawasan barat dan tengah New York.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan gangguan bekalan elektrik, penutupan jalan raya serta kelewatan penerbangan di lapangan terbang utama.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia dengan bekalan makanan, air dan sumber tenaga alternatif sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#isytihar darurat
#New York
#ribut kuat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan