SHAH ALAM: Aqsa Working Group (AWG) dari Indonesia mempunyai perancangan besar untuk menyumbang kepada usaha pembinaan semula pascaperang di Gaza dengan membina semula Hospital Indonesia di utara Gaza dan hospital khusus untuk kanak-kanak dan wanita di selatan Gaza.
Pengerusi AWG Nur Ikhwan Abadi berkata kumpulan itu memulakan kempen mengumpul dana pada November tahun lepas untuk mengumpul kira-kira US$5 juta untuk projek hospital.
"Kempen itu sedang berjalan dan kami mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi dan individu yang berminat untuk menyokong usaha ini," katanya.
Nur Ikhwan menggariskan inisiatif utama kumpulan itu, pada program International Planning Session Post War Gaza Rebuilding yang mengumpulkan lebih 200 delegasi dari 23 negara bagi menyusun strategi hala tuju pembinaan semula pascaperang di Gaza.
Ini termasuk pembinaan semula Hospital Indonesia di utara Gaza serta penubuhan hospital untuk ibu dan kanak-kanak di selatan Semenanjung Gaza, kini sedang menunggu kelulusan daripada Menteri Kesihatan Gaza untuk memperoleh tanah yang diperlukan.
Nur Ikhwan berkata sehingga Ahad (11 Feb), hampir 80 pekerja dari Indonesia telah mendaftar dengan kumpulan itu dan bersedia untuk ke Gaza bagi menjayakan pelaksanaan rancangan berkenaan.
"Kami mempunyai tenaga kerja yang ramai di Indonesia...jika pekerja tambahan diperlukan, kami sedia menyediakannya, insya-Allah," katanya.
Selain usaha oleh AWG, Presiden Yayasan Alkhidmat Pakistan Prof Dr Hafeez ur Rahman berkata pihaknya turut merancang untuk membina sebuah hospital di Gaza yang dilengkapi dengan bekalan perubatan dan kakitangan dari Pakistan.
Yayasan itu mempunyai lebih 2,000 doktor kanan yang telah mendaftar untuk berkhidmat secara sukarela di Gaza.
"Apabila mendapat kebenaran, kami akan mengerahkan pegawai perubatan kanan dan menghantar 20 ambulans ke Gaza," kata Prof Dr Hafeez.
Selain itu, yayasan berkenaan juga menyasarkan untuk memulihkan lima sekolah, serta bekerjasama dengan sebuah syarikat Malaysia untuk memasang 30 loji kuasa suria dan loji penyahgaraman di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
AWG mempunyai perancangan besar untuk menyumbang kepada usaha pembinaan semula pascaperang di Gaza dengan membina semula hospital di utara dan selatan Gaza. -Gambar fail/Reuters
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
[TERKINI] Dagangan sekuriti MAHB digantung, menanti pengumuman penting
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan. Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.