awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nigeria sabitkan 205 suspek anggota Boko Haram

Bernama
Bernama
20/02/2018
04:37 MYT
Nigeria sabitkan 205 suspek anggota Boko Haram
Penyokong kumpulan protes #BringBackOurGirls di Abuja pada acara memperingati 1,000 hari sejak 200 pelajar wanita diculik Boko Haram dari sekolah menengah di Chibok, Nigeria, 8 Jan, 2017. REUTERS / Fail
Lebih 200 individu di Nigeria telah disabitkan dengan pertuduhan terlibat dalam kumpulan militan Boko Haram, kata Kementerian Keadilan pada Isnin.
Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram, yang telah memulakan pemberontakan pada 2009 bagi mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut Nigeria.
"Kebanyakan mereka telah disabitkan bagi kesalahan mengaku menganggotai kumpulan pengganas itu, (atau) menyembunyikan maklumat mengenai kumpulan tersebut, yang mereka tahu atau percaya boleh membantu membawa kepada penahanan, pendakwaan atau sabitan terhadap anggota Boko Haram," menurut kenyataan kementerian itu.
Hukuman penjara yang dijatuhkan adalah antara tiga hingga 60 tahun.
Kenyataan itu juga menyebut sejumlah 526 individu yang didakwa bersekutu dengan Boko Haram dibebaskan untuk pemulihan manakala 73 kes lagi telah ditangguh.
Lebih 20,000 orang terbunuh manakala dua juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak pemberontakan itu meletus.
Menurut kementerian itu, sesetengah individu yang kes mereka didengar minggu lepas di sebuah pusat tahanan di pusat bandar Nigeria telah ditahan tanpa perbicaraan sejak 2010, manakala beberapa orang lagi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Pada Oktober, kementerian itu berkata sejumlah 45 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan Boko Haram telah disabit dan dihukum penjara.
Sejumlah 468 suspek lain telah dibebaskan manakala 28 lagi ditahan reman untuk perbicaraan di Abuja atau Minna.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Topic Berkaitan
#Abuja
#Boko Haram
#militan
#Nigeria
#penjara
#perbicaraan
#perbicaraan beramai-ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan