awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nike nafi keluarkan kasut titis darah 'Satan Shoes', fail tuntutan terhadap MSCHF

Agensi
Agensi
29/03/2021
23:46 MYT
Nike nafi keluarkan kasut titis darah 'Satan Shoes', fail tuntutan terhadap MSCHF
Jenama sukan terkemuka Nike memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat MSCHF berikutan pelancaran kasut 'Satan Shoes' bersama rapper terkenal Lil Nas X, baru-baru ini. -Instagram/mschf
WASHINGTON: Jenama sukan terkemuka Nike memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat MSCHF berikutan pelancaran kasut 'Satan Shoes' bersama rapper terkenal Lil Nas X, baru-baru ini.
Dalam tuntutan itu, Nike mendakwa MSCHF melanggar tanda dagang kerana menggunakan Air Max 97 sebagai inspirasi untuk 'Satan Shoes', dengan menambah dakwat merah yang menggunakan darah manusia di bahagian tengah kasut itu.
Kolaborasi MSCHF dengan Lil Nas itu dibuat ketika pelancaran lagu Montero (Call Me By Your Name).
Syarikat gergasi itu menyatakan MSCHF tidak pernah diberi kebenaran untuk mengeluarkan produk yang menyerupai kasut Nike, dan ia jelas mengelirukan pengguna, lapor Business Insider.
Kata syarikat itu, ia mungkin memberi persepsi kepada pengguna kononnya Nike mengeluarkan produk tersebut.
Ekoran itu, Nike menggesa orang ramai supaya memboikot stor kasut MSCHF di seluruh negara.
Dalam tuntutan itu, syarikat itu juga ada menyebut yang tindakan itu dibuat ekoran untuk menjaga jenama serta melindungi harta intelektualnya, serta mengelakkan kekeliruan.
Setakat ini, Nike tidak pernah mempersetujui atau mengizinkan MSCHF untuk menghasilkan 'Satan Shoes'.
Topic Berkaitan
#Lil Nas X
#rapper
#MSCHF
#Satan Shoes
#Nike
#kasut
#jenama terkenal
#pengguna
#keliru
#jenama sukan terkemuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan