BANGKOK: Seorang wanita nyaris termakan mata kail selepas ia menemuinya dalam menu masakan ikan keli yang dipesan dari sebuah restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi, lapor Thaiger
Wanita dikenali sebagai Jun, 31, melaporkan pada 27 Julai lalu dia dan rakannya memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan di sebuah restoran yang tidak jauh dari kediamannya.
Katanya, pesanan itu termasuk dua ketul ikan keli masak pedas, nasi kosong dan nasi berlauk kambing.
Tambahnya, ketika mereka sedang menikmati makanan tengah hari itu, tiba-tiba dia menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.
"Masakan ikan keli ini adalah menu kegemaran saya, namun apabila saya menemui mata kail ini, ia sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana restoran ini mengabaikan piawaian keselamatan dan kebersihan masakan mereka," katanya,
Selepas penemuan itu, June menghubungi restoran itu dan menceritakan penemuan pelik itu dan mereka menegaskan pekerjanya telah membersihkan ikan itu dengan teliti.
Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi, namun June menyatakan dia menjadi trauma dan hanya meminta pemulangan semula wang tersebut.
Sanook melaporkan, restoran itu memulangkan semula wang kira-kira 120 baht (RM15) seperti diminta June dan menggesa semua di restoran supaya berhati-hati menghidangkan makanan berasaskan ikan kerana bimbang kejadian sama mungkin berlaku kepada pelanggan lain. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Aug 08 2023
Mata kail yang ditemui dalam masakan ikan keli di restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi. - Foto agensi
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Nyaris termakan mata kail dalam lauk ikan keli
Ketika sedang menikmati makanan tengah hari itu, tiba-tiba dia menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.
Nyaris termakan mata kail dalam tin sardin
Warganet mempersoalkan bagaimana mata kail boleh berada dalam tin tersebut sehingga boleh membahayakan pengguna lain.
Gara-gara mata kail, kucing dibawa ke balai bomba
Yang Zulaihan Mustafa, pemilik kucing itu, telah datang sendiri ke balai membawa seekor kucing jantan.
Bomba bantu keluarkan mata kail tercucuk di tangan kanak-kanak 4 tahun
Khidmat bomba terpaksa digunakan untuk membantu mengeluarkan mata kail yang tercucuk di tapak tangan kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Angkara mata kail, dua remaja maut di Sungai Seduan
Kedua-dua mangsa sebelum itu terlibat dalam aktiviti memancing dengan tiga rakannya yang lain sebelum mata kail salah seorang mangsa terlekat di dasar sungai.
Pelajar lemas tergelincir longkang ketika betulkan mata kail
Mayat Che Muhammad Sayuti Che Jusoh, 20, ditemukan terdampar di dasar longkang oleh pasukan penyelam pada jam 12.50 awal pagi tadi.