Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggalas cabaran besar dalam mencorakkan hubungan erat Washington dengan rantau Asia.

Selain itu, penggal kedua Obama sebagai Presiden negara ‘Uncle Sam’ di peringkat geopolitik dunia masih dibayangi isu-isu lama yang tidak diselesaikan.

Obama mengangkat sumpah penggal kedua di White House.

Cabaran yang dihadapi Obama peringkat domestik terarah kepada usaha memulihkan ekonomi Amerika termasuk isu-isu sosial seperti pemilikan senjata.

Diberi jolokan ‘Obama 2.0’, penggal kedua begitu menarik perhatian Asia dan dunia Islam selepas isu keselamatan dunia yang masih belum diselesaikan Obama seperti konflik Israel-Palestin.

Isu lain adalah bagaimana Obama meningkatkan kerjasama erat dengan rantau Asia yang diimbangi kekuatan China sebagai kuasa ekonomi dunia.

Selain itu, isu nuklear Iran yang masih ditangani secara berhati-hati oleh pentadbiran White House.

Namun Washington masih menggunakan pendekatan lama dengan mengasingkan Iran di peringkat antarabangsa melalui pelbagai sekatan ekonomi-politik ke atas Tehran.