awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama ikrar bela semua lapisan masyarakat

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2013
23:13 MYT
Obama ikrar bela semua lapisan masyarakat
Barack Obama mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat di khalayak orang ramai dengan ikrar untuk bekerja keras bagi membela nasib semua lapisan masyarakat.
Majlis angkat sumpah pada Isnin dibuat hanya sebagai satu sambutan selepas angkat sumpah jawatan mengikut perlembagaan dibuat pada Ahad.
Lebih 700 ribu rakyat Amerika memenuhi kawasan sekitar bangunan Capitol bagi menyaksikan majlis berkenaan.
Dalam ucapan pertama penggal keduanya sejurus selepas itu, Obama menyeru agar semua rakyat kembali bersatu menyokong pemulihan ekonomi yang sedang berlaku.
Tanpa menyebut sebarang kejayaan dalam penggal pertama, Obama berjanji untuk meneruskan usaha memulihkan ekonomi dan menggesa semua pihak mencari satu persamaan serta bekerja bersamanya untuk tempoh empat tahun lagi.
Beliau juga menekankan kepada agihan ekonomi yang adil bagi memastikan kelangsungan negara berkenaan.
Dalam ucapan selama 18 minit itu, Obama turut menyentuh polisi luar tanpa merujuk kepada mana-mana negara.
Turut disebut kali ini ialah usaha menangani perubahan iklim walaupun tanpa sebarang terma khusus didedahkan.
Beliau dijangka mengumumkan secara terperinci agenda utama penggal keduanya dalam ucapan negara 12 Februari ini.
Naib Presiden, Joe Baiden turut mengangkat sumpah sejurus selepas Obama.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Barack Obama
#Joe Baiden
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan