Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengumumkan mengenai perancangan menutup penjara tentera yang kontroversi di Teluk Guantanamo, dengan harapan sebagai langkah untuk menunaikan janji kempen politiknya.

Agensi berita AFP melaporkan, dengan kurang daripada setahun berbaki untuk berkhidmat dengan jawatan tertinggi itu, Obama akan mendedahkan tentang pusat tahanan yang berpangkalan di tenggara Cuba tersebut.

Perkara itu didedahkan dalam sebuah kenyataan pada Selasa, jam 10.30 pagi waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia), menurut pegawai rasmi White House.

Kira-kira 90 suspek militan masih berada dalam tahanan di Guantanamo, sebuah komplekas penjara yang pernah suatu masa dahulu mengurung 700 tahanan dan menjadi terkenal di seluruh dunia mengenai kaedah seksaan, penahanan tanpa tempoh tetap dan pakaian berwarna jingga.

Obama pernah menyatakan tentang kesediaan menutup penjara Guantanamo sejak mula berkhidmat pada 2009, namun usahanya itu telah dihalang oleh penggubal undang-undang Republican yang melihat pusat tahanan itu sebagai ‘alat’ penting bagi menentang keganasan.

Untuk berita penuh, sila klik di sini.