Skip to main content

Sukan

Russell terpantas, Mercedes kuasai sesi latihan akhir GP Las Vegas

Pelumba Mercedes, George Russell, ketika sesi latihan menjelang Grand Prix Formula Satu (F1) Las Vegas. - Foto REUTERS
Pelumba Mercedes, George Russell, ketika sesi latihan menjelang Grand Prix Formula Satu (F1) Las Vegas. - Foto REUTERS
Advertisement

LAS VEGAS: George Russell meneruskan aksi cemerlang apabila mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas ketiga dan terakhir Grand Prix Formula Satu (F1) Las Vegas, sekali gus membantu Mercedes menguasai kedudukan dua teratas menjelang sesi kelayakan.

Menurut Reuters, Russell yang muncul juara di Litar Las Vegas Strip tahun lalu merekodkan catatan satu minit 34.041 saat untuk mengatasi rakan sepasukannya, Kimi Antonelli.

Antonelli menamatkan sesi di tempat kedua, manakala pelumba McLaren, Lando Norris, mencatat masa ketiga terpantas.

Advertisement

Sesi latihan itu turut menyaksikan pertukaran posisi yang tegang antara Russell dan juara dunia Red Bull, Max Verstappen, pada penghujung sesi. Kedua-dua pelumba beraksi rapat sebelum insiden berkenaan menarik perhatian pegawai perlumbaan untuk disiasat.

Verstappen mendakwa beliau dipaksa menghampiri penghadang litar, sementara Russell menganggap situasi itu sebagai sebahagian daripada persaingan biasa di trek.

Advertisement

Reuters melaporkan Verstappen turut disiasat atas dakwaan memandu secara tidak menentu ketika pusingan awal sesi latihan.

Perlumbaan GP Las Vegas dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca kering, namun suhu dijangka merosot sehingga sekitar 7 darjah Celsius, menjadikannya antara perlumbaan paling sejuk dalam sejarah Formula Satu moden.

Mercedes dilihat berada dalam kedudukan terbaik menjelang sesi kelayakan selepas Russell turut muncul pelumba terpantas dalam sesi latihan kedua yang berlangsung sehari sebelumnya.

 

 

Must Watch Video

Advertisement