awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam keras undian Knesset Israel untuk kuat kuasa kedaulatan ke atas Tebing Barat

Bernama
Bernama
24/07/2025
09:31 MYT
OIC kecam keras undian Knesset Israel untuk kuat kuasa kedaulatan ke atas Tebing Barat
OIC menekankan bahawa pendudukan Israel dan pembinaan penempatan haram adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. - Reuters
RAMALLAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya undian terbaharu oleh Knesset Israel yang menyokong penguatkuasaan apa yang disebut sebagai kedaulatan Israel ke atas wilayah Tebing Barat yang diduduki, sambil menyifatkannya sebagai satu tindakan provokatif berbahaya yang bertujuan mengukuhkan penjajahan haram dan menggagalkan penyelesaian dua negara.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), OIC dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Khamis menegaskan bahawa Israel sebagai kuasa penjajah tidak mempunyai sebarang kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
OIC turut menekankan bahawa pendudukan Israel dan pembinaan penempatan haram adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk resolusi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Pertubuhan itu sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengambil langkah politik serta undang-undang yang sewajarnya untuk menyokong hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk pengiktirafan Negara Palestin, keahlian penuh PBB dan usaha menamatkan penjajahan haram.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#oic
#Knesset
#Israel
#pendudukan
#Tebing Barat
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami