awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat

Bernama
Bernama
23/01/2025
13:47 MYT
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
OIC menyatakan bahawa tindakan Israel telah mengakibatkan 10 syahid, kecederaan kepada berpuluh-puluh orang awam dan kemusnahan jalan raya dan infrastruktur. - Gambar fail/OIC
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya, lapor Saudi Press Agency (SPA).
OIC menyatakan bahawa tindakan Israel telah mengakibatkan 10 syahid, kecederaan kepada berpuluh-puluh orang awam dan kemusnahan jalan raya dan infrastruktur.
Ia juga mengecam penubuhan pusat pemeriksaan tentera dan pintu besi untuk mengasingkan bandar dan kampung Palestin, menganggap tindakan itu sebagai sebahagian daripada corak jenayah perang yang lebih luas terhadap rakyat Palestin.
OIC memberi amaran terhadap jenayah berterusan yang dilakukan oleh kumpulan peneroka ekstremis, yang beroperasi dengan perlindungan pasukan pendudukan Israel. Serangan terbaru menyasarkan beberapa perkampungan Palestin, apabila harta benda, rumah, kenderaan dan tanah pertanian dibakar.
Ia menganggap pendudukan Israel bertanggungjawab secara langsung atas jenayah berat ini dan menekankan keperluan untuk akauntabiliti di bawah undang-undang jenayah antarabangsa.
OIC memperbaharui gesaannya agar masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungjawabnya, menamatkan keganasan Israel yang berterusan di seluruh wilayah Palestin yang diduduki dan memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#pertubuhan kerjasama islam
#Tebing Barat
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan