awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam tindakan Knesset Israel larang operasi UNRWA

Bernama
Bernama
29/10/2024
09:21 MYT
OIC kecam tindakan Knesset Israel larang operasi UNRWA
OIC menegaskan bahawa serangan berterusan Israel terhadap kemudahan, kakitangan, dan orang yang dipindahkan tidak akan melemahkan mandat antarabangsa UNRWA.
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras keputusan Knesset Israel yang meluluskan rang undang-undang untuk melarang operasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmaqdis Timur yang diduduki serta menarik balik keistimewaan dan kekebalan agensi itu.
Langkah itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Israel untuk menghapuskan isu pelarian Palestin dan menafikan hak mereka untuk kembali.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan OIC memberi amaran tentang langkah iniakan memberi kesan serius terhadap keupayaan agensi itu untuk menyediakan perkhidmatan penting kepada pelarian Palestin.
OIC menegaskan bahawa serangan berterusan Israel terhadap kemudahan, kakitangan, dan orang yang dipindahkan tidak akan melemahkan mandat antarabangsa UNRWA yang berasaskan resolusi Perhimpunan Agung PBB.
OIC turut menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB agar menunaikan tanggungjawabnya untuk melindungi UNRWA dan memastikan agensi itu terus menyediakan perkhidmatan penting kepada jutaan pelarian Palestin.
OIC juga menggesa masyarakat antarabangsa menyokong penyelesaian adil dan dipersetujui berhubung isu pelarian Palestin, selaras dengan resolusi PBB yang berkaitan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#oic
#UNRWA
#PBB
#Israel
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan