Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di tiga bandar raya Arab Saudi semalam yang meragut nyawa empat pegawai keselamatan dan menyebabkan lima orang cedera.
Setiausaha agungnya, Iyad Ameen Madani, berkata mereka yang melakukan, merancang atau menyokong serangan itu begitu terdesak dalam tindakan mereka hingga sanggup menjejaskan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi serta rantau itu dan dunia Islam amnya.
"Seseorang yang membunuh diri, melakukan pembunuhan dan keganasan terhadap manusia yang tidak bersalah serta melakukannya pula pada bulan Ramadan yang mulia dan di Al-Madinah Al Munawwarah, berhampiran Masjid Nabawi, bukanlah orang Islam sebenar serta tidak memiliki sedikit pun nilai-nilai keIslaman," katanya dalam satu kenyataan.
Pengebom bunuh diri itu menjadikan Jeddah, sebuah masjid di Qatif dan satu pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Masjid Nabawi di Madinah sebagai sasaran mereka.
Madani berkata jenayah yang dilakukan itu bertentangan sepenuhnya dengan ciri-ciri seorang manusia sebenar.
"Pengganas seperti itu semata-mata menjadi alat durjana, yang langsung tidak mempunyai perasaan dan rasional serta diperkudakan oleh mereka yang menganjurkan radikalisme, kekacauan dan keganasan," katanya.
Madani juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mereka yang cedera akan segera sembuh.
Beliau yakin pihak berkuasa Arab Saudi akan dapat menangkap saki baki mereka yang terlibat dengan keganasan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan serta mendedahkan siapa sekutu mereka.
Madani mengulangi perpaduan penuh OIC dengan kepimpinan, kerajaan dan rakyat Arab Saudi dalam semua langkah yang diambil bagi memerangi keganasan melalui pendekatan menyeluruh, termasuk dari segi politik, ekonomi, sosial dan intelektual.
Beliau juga memuji kepekaan dan kecekapan agensi keselamatan Arab Saudi yang "berjaya menggagalkan dan menentang serangan pengganas itu".
Madani turut mengulangi pendirian tegas OIC yang menolak keganasan dalam semua bentuk dan manifestasinya.
Barack Obama
Tue Jul 05 2016
MADANI: Madani berkata jenayah yang dilakukan itu bertentangan sepenuhnya dengan ciri-ciri seorang manusia sebenar. - AFP Photo
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
OIC kutuk serangan pengganas di Arab Saudi
Setiausaha agung OIC, Iyad Ameen Madani, berkata mereka yang melakukan, merancang atau menyokong serangan itu begitu terdesak dalam tindakan mereka.
OIC desak tindakan segera ke atas pencabulan Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel
OIC mendesak ketua beberapa pertubuhan antarabangsa yang terkenal supaya mengambil tindakan segera berhubung pencerobohan dan pencabulan tentera Israel ke atas tempat suci Islam, Masjid Al-Aqsa.
Israel telah menunjukkan sikap 'babarismenya', ujar Setiausaha Agung OIC
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani mengutuk perbuatan biadab Israel menyerang masjid di Semenanjung Gaza.