Skip to main content

Malaysia

Peningkatan peruntukan beri manfaat besar kepada Sabah - Pandikar

71673002054_PandikarAmin.jpg
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pembangunan pesat itu, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada negeri berkenaan semata-mata, malah turut menyumbang kepada kemajuan Malaysia secara keseluruhannya. - Gambar fail
Advertisement

MELAKA: Peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sabah akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan, demi kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pembangunan pesat itu, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada negeri berkenaan semata-mata, malah turut menyumbang kepada kemajuan Malaysia secara keseluruhannya.

“Secara peribadinya,  pada ketika ini kita masih memerlukan (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim (dalam) politik antarabangsa dan dalam negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada kongres berkenaan berkata peruntukan Persekutuan kepada Sabah naik sebanyak 35 peratus daripada RM13 bilion pada 2022 kepada RM17.6 bilion pada 2026.

Perdana Menteri turut menyangkal tuduhan pihak tertentu bahawa Kerajaan MADANI menganaktirikan beberapa negeri, serta menegaskan peruntukan diberikan kepada setiap negeri adalah berbeza berdasarkan keutamaan dan semakin meningkat di bawah pentadbirannya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement