awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Munoz puji mentaliti JDT selepas bergaya ratah PDRM FC 10-1
JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin

Bernama
Bernama
18/01/2026
12:43 MYT
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
OIC menekankan keperluan untuk mendesak pendudukan Israel supaya menghentikan semua tindakan dan dasar yang menjejaskan penyelesaian dua negara. - AP
JEDDAH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik pelancaran fasa kedua pelan damai komprehensif, selaras dengan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
OIC turut mengalu-alukan pengumuman pembentukan jawatankuasa Palestin bagi menguruskan Semenanjung Gaza sebagai sebuah badan peralihan sementara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Sekretariat itu menegaskan kepentingan mengekalkan perpaduan geografi dan institusi antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Bandar Baitulmuqaddis yang diduduki.
Selain itu, OIC menekankan keperluan untuk mendesak pendudukan Israel supaya menghentikan semua tindakan dan dasar yang menjejaskan penyelesaian dua negara, termasuk pengilhakan, peluasan penempatan haram, usaha mengyahudikan Baitulmuqaddis dan pemindahan paksa.
Israel juga digesa melepaskan dana cukai Palestin yang ditahan secara tidak sah.
OIC seterusnya menegaskan keperluan untuk membolehkan Kerajaan Palestin menjalankan kuasa ke atas semua wilayah Palestin, yang membawa kepada penamatan pendudukan Israel di wilayah yang dirampas pada 1967 dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan resolusi PBB dan Inisiatif Keamanan Arab.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#oic
#pelan damai
#Jawatankuasa Palestin
#pembangunan semula
#Gaza
#pendudukan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan