awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya

Bernama
Bernama
28/06/2023
12:00 MYT
OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya
OPEC dalam kenyataannya mengakui bahawa "Guyana adalah pemain baharu yang sedang berkembang dalam pasaran minyak antarabangsa dan memiliki potensi yang signifikan". -Gambar fail/AP
VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak Petroleum (OPEC) pada Selasa menafikan laporan media bahawa kumpulan itu menjemput Guyana untuk menyertai pertubuhan terbabit, lapor Xinhua.
Pada masa yang sama, OPEC dalam kenyataannya mengakui bahawa "Guyana adalah pemain baharu yang sedang berkembang dalam pasaran minyak antarabangsa dan memiliki potensi yang signifikan".
The Wall Street Journal melaporkan pada Isnin bahawa OPEC baru-baru ini menjemput Guyana, untuk menyertai pertubuhan itu.
Bagaimanapun OPEC, dalam kenyataannya memaklumkan bahawa blok itu menjemput Vickram Bharrat, menteri sumber asli Guyana, untuk menghadiri Seminar Antarabangsa OPEC kelapan, iaitu acara utama pertubuhan itu yang akan diadakan di Vienna dari 5 hingga 6 Julai.
OPEC menegaskan ia akan "terus menjalin hubungan dengan pengeluar lain, serta pengguna, untuk membina jambatan bagi dialog dan kerjasama, demi kestabilan keseluruhan pasaran minyak".
Ditubuhkan di Baghdad, Iraq, pada September 1960 oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela, OPEC kini mempunyai 13 ahli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPEC
#Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak Petroleum
#Guyana
#Vickram Bharrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan