awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka kekal mengukuh pada 3.96 berbanding dolar AS
Pelucutan senjata Hamas di Gaza disertai “pengampunan” - Pegawai AS
Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di dua PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2026
01:00 MYT
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
Anggota Pengawal Pantai Filipina membawa beg mayat di bandar Zamboanga. - Foto AP
MANILA: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Selasa bagi mengesan 10 individu yang masih hilang selepas sebuah feri penumpang karam di perairan selatan Filipina, dengan angka kematian meningkat kepada 18 orang, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).
Jurucakap PCG, Kapten Noemie Cayabyab, berkata jumlah sebenar penumpang di atas feri itu telah disemak semula kepada 344 orang daripada angka awal 359, selepas pengesahan mendapati 15 individu yang tersenarai dalam manifes tidak menaiki kapal berkenaan.
Beliau memaklumkan jumlah penumpang yang berjaya diselamatkan kekal 316 orang.
Kemalangan itu berlaku pada jam 1.50 pagi Isnin ketika feri penumpang, MV Trisha Kerstin 3, dalam perjalanan ke Jolo di wilayah Sulu selepas bertolak dari Zamboanga.
PCG memaklumkan kapal tersebut mempunyai kapasiti penumpang yang dibenarkan seramai 352 orang.
Menurut PCG, pihaknya masih belum dapat membuat kesimpulan mengenai punca feri itu karam kerana siasatan masih dijalankan.
Kemalangan laut sering berlaku di Filipina, sebuah negara kepulauan yang mempunyai lebih 7,000 pulau dan rekod keselamatan maritim yang tidak sekata.
Topic Berkaitan
#Nahas
#feri karam
#angka korban
#operasi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan