awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi tentera Perancis berjaya usir pelampau Mali

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2013
22:48 MYT
Operasi tentera Perancis berjaya usir pelampau Mali
Perancis menyifatkan operasi ketenteraannya untuk mengusir golongan pelampau di Mali sebagai berjaya meskipun misi berkenaan turut mengorbankan nyawa orang awam.
Selain dapat menawan semula bandar Konnas, Perancis menganggap misi ketenteraan itu mencapai matlamatnya.
Keputusan Perancis untuk menghantar tentera ke Mali mengejutkan banyak pihak.
Malah tentera antarabangsa di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dimaklumkan operasi itu hanya akan dilancarkan pada bulan September.
Ia juga mencetuskan persoalan berapa lama tentera Perancis akan berada di Mali.
Misi ketenteraan itu melibatkan lebih 400 anggota tentera Perancis.
Serangan dilakukan melalui udara yang disasarkan di empat bandar termasuk bandar terbesar, Gao yang dikuasai kumpulan Al-Qaeda.
Ia berjaya memusnahkan kem latihan, depoh logistik dan infrastruktur termasuk lapangan terbang.
Namun serangan itu turut menyebabkan 10 nyawa orang awam melayang.
Tiga daripada mangsa maut adalah kanak-kanak yang lemas selepas terjun ke sungai dalam usaha menyelamatkan diri daripada serangan.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Mali
#operasi
#PBB
#tentera Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan