awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang nombor dua FBI letak jawatan

Agensi
Agensi
30/01/2018
02:28 MYT
Orang nombor dua FBI letak jawatan
McCabe pada awalnya berhasrat untuk terus bekerja selama lebih kurang enam minggu lagi sehingga dia mencapai usia layak untuk bersara. - REUTERS / Fail
Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) Andrew McCabe, yang pernah dikritik Presiden Donald Trump dan pemimpin Republikan lain kerana bersikap berat sebelah dan menyebelahi Hillary Clinton, telah meletak jawatan.
Menurut pegawai AS yang mengesahkan perkara itu pada Isnin, orang nombor tiga FBI ketika ini, David Bowdich, akan mengambil alih sebagai pemangku timbalan ketua.
McCabe, yang berkhidmat sebagai pemangku ketua FBI selama dua bulan tahun lepas susulan pemecatan Pengarah James Comey oleh Trump, dijangka melepaskan jawatannya sebagai orang dua FBI pada Mac.
FBI dalam kenyataannya tidak mengulas mengenai peletakan jawatan McCabe.
Sementara itu, ditanya mengenai perkara itu, jurucakap White House, Sarah Sanders berkata: "Apa yang saya boleh katakan ialah, presiden tidak terlibat dalam proses membuat keputusan berhubung perkara ini."
Sanders berkata, Trump mempunyai "keyakinan penuh" terhadap Pengarah FBI Christopher Wray, yang dilantiknya menggantikan Comey.
McCabe pada awalnya berhasrat untuk terus bekerja selama lebih kurang enam minggu lagi sehingga dia mencapai usia layak untuk bersara.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk melepaskan jawatan lebih awal kerana tidak mahu ditukar ke jawatan yang lebih rendah, menurut seorang pegawai kanan FBI.
Perkembangan terbaru ini terjadi ketika wujud kebimbangan berhubung laporan yang bakal dikeluarkan Ketua Pemeriksa Jabatan Kehakiman yang dijangka meneliti tindakan McCabe dan pegawai FBI atasan lain semasa kempen presiden 2016, kata pegawai itu.
Dalam tempoh itu, FBI telah menyiasat kaitan kempen Trump dengan Rusia dan penggunaan e-mel peribadi Clinton semasa beliau menjadi Setiausaha Negara AS. Tiada dakwaan dikenakan terhadap Clinton.
McCabe memulakan kerjayanya di agensi itu pada 1996 sebagai ejen khas yang menyiasat jenayah terancang.
Topic Berkaitan
#Andrew McCabe
#AS
#Donald Trump
#FBI
#Hillary Clinton
#kempen
#letak jawatan
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan