awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orkid hibrid baharu dinamakan Vanda Halimah Yacob Mohamed

Bernama
Bernama
21/03/2023
10:25 MYT
Orkid hibrid baharu dinamakan Vanda Halimah Yacob Mohamed
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis penamaan orkid itu yang diadakan di Istana Negara. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Sejenis spesies orkid hibrid baharu dinamakan sebagai Vanda Halimah Yacob Mohamed bersempena nama Presiden Singapura Halimah Yacob dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee.
Ia sebagai penghormatan kepada pemimpin itu yang melakukan lawatan sulungnya ke Malaysia bermula semalam.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis penamaan orkid itu yang diadakan di Istana Negara.
Orkid Vanda Halimah Yacob Mohamed merupakan kacukan antara Vanda Kulwadee Fragrance sebagai induk betina dengan Vanda Tesselata sebagai induk jantan.
Ia memiliki kelopak bunga berwarna putih dipenuhi bintik-bintik ungu terang dan berbau wangi.
Terdahulu, Presiden Singapura itu diberikan sambutan negara di Istana Negara.
Kunjungan beliau adalah sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong yang berkunjung ke Singapura pada Oktober tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orkid hibrid baharu
#Vanda Halimah Yacob Mohamed
#Presiden Singapura Halimah Yacob
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan